Sunday, November 11, 2012

Vampire Vampire

Hi! 
Disaat keboringan yang tersangat telah hamba isikan dengan cerita-cerita vampire yang ada dalam koleksi External HardDisk Ku yang semakin penuh.. Boring punya pasal.. HAH! mesti korang ada cerita vampire yang korang sendiri minat kan?
Tepat pada waktu bersiaran di tv saja semua tepat didepan TV LCD flatscreen masing-masing.. haha
Taknak terlepas punya pasal.. 
So apa cerita favorite anda??????
Let's see.. apa cerita yang aku tahu...


1. Twilight SAGA!
Mungkin ramai yang minat movie ni.. even one of my lecturer minat cerita ni.. even her facebook default picture gambar Bella and Edward! Whew! and Movie ni dah hampir kepenamatnya.. sekarang bukan lagi cerita tentang percintaan Bella dan Edward tapi mengenai anak mereka.. apa entah nama dia... haha lupa.. aku tak lah follow cerita ni.. tapi tengok la juga.. part 1 tak tengok.. tapi nak tengok part 2.. macam best je..






 2. True Blood!
Cerita ni pulak tak sure ada peminat setia atau tak.. Kalau dibandingkan dengan cerita-cerita vampire yang aku pernah tengok yang ni extreme banyak.. berbeza dengan cerita lain. True Blood mengisahkan Vampire yang nak hidup bersama dengan manusia yang ada HAK-HAK ASASI mereka sendiri.. even vampire ada politician dalam ni.. hahha.. This Movie kadang-kadang tengok banyak mengarut dan banyak adegan-adegan panas.. So cerita ni tak sesuai untuk yang bawah umur 18 tahun..



 3. Vampire Diaries!
Antara ketiga-tiga cerita vampire ni.. I prefer VD.. sebab dia lebih masuk dek akal aku... haha.. Cerita ni ada berkenaan Elena yang suka kat satu vampire ni and etc etc etc... hahaha.. malas nak cerita panjang-panjang tapi mungkin ramai yang pernah tengok cerita ni kan.. 





So. How about you guys.. cerita vampire apa yang berkenan di hati anda??? Tell me about it..




Saturday, November 10, 2012

M.U.E.T

Phewww.. Alhamdulillah.. Hamba dah terlepas dari azab MUET.. kesian kan baru nak ambil muet. orang lain dah berkurun dulu dah ambil.. nak buat macam mana orang ni tak berapa nak bijok.. haha.. Syukran.. Tak susah mana pun.. harap-harap lah dapat result yang elok.. supaya dapat la hamba meneruskan perjuangan jihad mencari ilmu.. AMIN!


sekarang masa untuk enjoy.. even though ada lagi 2 paper menunggu.. walaubagaimana pun pergunakan sahaja masa ni untuk berehat.. kan... Okay laa.. BYE!

Wednesday, October 31, 2012

Blog Mat Senyum!

Hi Guys. Lama dah tak buka blog ni... Haha.. Tapi sempat juga la aku nak make over blog ni.. walaupun berhabuk sungguh.. berkepul-kepul dah habuk dia.. dan nama blog ni pun dah aku tukar.. haha.. mana dapatnya nama ni? entah.. mungkin sebab orang kata aku ni suka sangat senyum.. kahkah.. senyum tu sedekah.. So kita haruslah perbanyakkan sedekah.. So what do you guys think of this name and this blog make over? adakah dia terlalu over or terlalu simple.. adakah nama ini sesuai? haha.. sila-sila lah komen..

well, kehidupan aku dalam kolej pun dah hampir berakhir.. assignment yang bertimbun pun berjaya diharungi.. yang tinggal kini hanyalah Internship!.. Wow! tak sangka.. pejam celik pejam celik.. dah dekat 3 tahun di negeri orang and dah nak habis dah.. perjalanan hidup pun mungkin akan lebih sukar.. tak tahu apa nak expect from Intern ni.. mungkin experience dari orang-orang yang berjaya perhaps.. Amin!

Since, I don't have much to write for now.. Mungkin sampai sini sahaja dulu ya? nanti aku akan bersinggah lagi ke blog ini untuk menulis lebih banyak tentang apa-apa yang berlaku... HAHA.

Byee chuolsss!

Wednesday, June 13, 2012

Men In Pink (M.I.P)


Entry kali ini berkenaan dengan warna PINK (^_^). Well color ni semua orang suka especially Perempuan.. termasuk jugak laa awek aku.. itu ini warna pink..
Ya laa,, warna PINK ternyata sesuai dgn perempuan.. asal nampk perempuan pakai barang merah jambu sahaja, suma mata2 liar akan memandan.. and pada pandangan perempuan warna pink itu sweet.. ya atau tidak tak tahu lah..

okay..  itu pandangan tipikal bila PEREMPUAN dngan pink. macammana GUYS IN PINK????

"ieeeww... harap ja muka Handsome tp pakai PINK!! Nmpk sgt dia ni pondan!nyah!lembut" pernah tak angpa dengar ayat ni??


Jangan lah jadi terlalu judgmental terhadap lelaki.. pink itu kan sekadar warna.. wujudkah warna lelaki dan warna perempuan? setahu aku warna sendiri tak ada jantina.. ini pemikiran tipikal orang yang pernah tengok Power Rangers ni kan.... almaklumlah.. pink kan power rangers perempuan.. siap pakai skirt lagi...

asal nmpk laki pkai PINK ja kata laa diorang PONDAN..
Asal PINK ja PONDAN..asal PONDAN ja PINK!! Kadang2 GAY terus cop lelaki yang pakai PINK~ Seriously???

Lelaki TOUGH & MACHOtak boleh pakai pink kah kawan? siapa kata hah? mai tengok ni.. lagu Jason Mraz..



I don't care what you might think about me
you'll get by without me if you want
well I could be the one to take you home
baby we could rock the night alone
if we never get down it wouldn't be a let down
but sugar don't forget what you already know

that I could be the one to turn you out
we could be the talk across the town
don't judge it by the color, confuse it for another
you might regret what you let slip away
like the geek in the pink

well like the geek in the pink, yeah, haha
the geek in the pink


Dude.. Jason Mraz tu babe.. hahaha.. dia pun pakai pink mah kawan..

and dalam satu Yahoo! Answer ada terdapat satu question berkenaan pandangan perempuan bila lelaki pakai pink..
Berikut ada jawapan-jawapan dari para gadis omputeh tersebut..
1. It's great. It shows that a guy is really confident with himself, so much that he can wear a pink shirt. Pink has been monopolized by women, but if you think about it, is there REALLY a reason why guys can't wear it? It's just a colour :)
2. Definitly. I find it so attractive on attractive guys. It catches my eye. I love it.<3
3. I think it would look fine. As they say true men wear pink.
nah... nampak tuh.. true man wear pink bro...  wakakaka... kenapa real men you asked?
sebab real men confident dengan apa yang depa pakai.. dorang rasa dorang tetap handsome.. macam aku.. ahahaa... sweet.. and caring gituuuu...

buat peminat CnBlue.. tengok depa nyanyi lagu Geek in Pink.. so ubah persepsi anda terhadap lelaki pakai pink ya... Entry ditamatkan di sini..

Tuesday, June 12, 2012

Bunuh Diri Sebab Cinta

Entry ini bukan untuk aku tujukan kat sesiapa mahupun yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.. tapi sekadar peringatan bagi semua teman-teman.. JANGAN sesekali kita dikaburi bayangan cinta tu dan tutup mata kita untuk melihat mana betul mana salah.. Jangan sebab kekasih hati tu direbut orang ataupun kekasih kahiwn dengan orang lain sampai nak bunuh diri.. dia seronok je kahwin.. takkan nak buat benda bodoh sampai bunuh diri jadah haram tu??? Hello.. macam orang tak ada agama..

ada pulak yang bunuh diri sebab tekanan perasaan.. tekanan yang dimaksudkan adalah tekanan kerja.. dan tekanan study.. ala.. yang macam dalam cerita 3Idiot tu.. ada dua orang pelajar sanggup bunuh diri.. Idiot.. kenapa pilih bunuh diri? sebab tak sanggup tahan tekanan? hello kawan.. banyak orang kat luar sana takda duit nak makan.. tapi sanggup buat apa saja untuk hidup.. kau.. tekanan perasaan je la.. tapi da tak boleh hidup..
Ingat Tuhan.. Allah tu maha Adil.. Maha Mengetahui.. Dia takkan uji hamba nya kalau tak ada sebab.. ganjaran untuk ujian nya menanti kita..  akhir kata.. fikir sebelum buat apa apa..

UEFA EURO 2012

Untuk pengetahuan semua Euro da start da.. sekarang pun dah masuk Group ke berapa ntah da.. So far.. apa yang aku nampak Euro banyak yang orang expect menang tapi keputusan nya seri.. atau pun kalah.. haha.. biasa lah tu.. semua da berubah.. semua team dah hebat dah sekarang.. Team yang jadi minat aku adalah ESpanyol, France dan Portugal.. but but.. ada satu lagi team yang mungkin aku sokong.. Ukraine.. kenapa? entah.. mungkin sebab dorang ada potensi?? haha.. itu pandangan aku.. apa pandangan korang? apa yang jadi team idaman anda?

Monday, June 11, 2012

Instagrm

Hai Hai.. Ni cek nak habaq sal satu application ni.. dulu penguna Iphone selalu pakai.. tapi sekarang ia juga boleh di pakai oleh Android user.. kalau-kalau korang ada yang minat upload gambar.. or ambil gambar..  cuba try application ni INSTAGRM.. dia seolah facebook dan twitter.. tapi hanya digunakan melalui phone.. or smartphone..
Application ni juga membolehkan penggunanya meng-follow dan melihat gambar-gambar yang sangat unique.. ia mesra pengguna.. so it is a good for everyone..pengguna juga boleh komen dan like mana-mana gambar yang cantik.. dalam aplikasi ini semua boleh ambil gambar dan edit untuk di-share bersama kawan kawan..dan kita juga dapat update terus ke facebook atau twitter sebagai satu post.. best kan? so try it!

Friday, May 25, 2012

Perut buncit dan penyelesaiannya

haha.. gambar kat atas ni cara senang untuk kita kurang kan buncit itu.. dengan sembunyikan nya.. itu bukan lah cara yang aku idamkan.. haha.. masalah ni memang merunsingkan aku.. bila perut aku semakin berlipat lipat.. tidak lagi seronok untuk aku pakai baju yang fit.. well banyak bahan bacaan aku cakap ia bisa di ubati..
well of coz.. kalau tak macam mana banyak kawan aku kurus.. memang aku happy untuk dorang.. tapi aku jadi low confidence bila dorang pula yang kurus.. adoinyapunn.. well melalui bahan bacaan aku.. cara untuk mengempiskannya ialah..
1. Air Masak- selalu tak korang dengar selalu minum air masak.. supaya cepat buang lemak..well.. ia memang berhasil (kot).. sebabnya tak tahu.. haha.. senang cerita.. air yang banyak membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga sama dan membantu proses pembakaran lemak.
2. Bersenam - atleast bersukan 30 minit sehari.. membakar lemak yang ada.. lebih lama masa yang kita ambil untuk bersenam lagi nampak kesan nya.. ia meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.
3. Diet - diet yang dimaksudkan di sini bukan berpuasa ataupun tak makan nasi langsung.. walaupun cara tu pun boleh.. tapi diet yang dimaksudkan ialah.. permakanan.. macam yang kita diajar.. makan sebelum lapar.. berhenti sebelum kenyang.. jangan ambik nasi berpingan-pingan.. and lauk plak.. ayam tiga ketul..
4. kurang minum air sejuk - pernah dengar air sejuk buat lemak jadi tebal.. tak tahu kesahihan nya.. tapi.. elok di elakkan..
5. Berusaha.. jangan berhenti amalan ini.. well rome wasnt build in a day.. InsyaAllah.. kita cuba..

Penang and Nasi Kandar

Fuh! berhabuk blog ini.. biasalah hidup kurang terurus.. apa kan lagi nak menguruskan blog.. tapi.. aku da ambik masa untuk meng-make over- kan blog ini.. pretty simple and very bold.. well.. it is for me.. aha.. okay.. 5 bulan telah berlalu.. dan aku masih tak mampu menguruskan perut ku yang masih kedepan.. mana tak nya.. asal cuti.. kawan bawa balik penang.. makanan dia beb.. splendid.. marvelous... kalau tunjuk nanti terliur.. Nasi Kandar kat penang memang banyak.. and banyak gak yang sedap.. antara tempat yang member aku bawa adalah seperti berikut
  1. Nasi Kandar Beratur
Beratur
 haha.. nama ja da beratur.. tapi ia bukan sekadar nama kawan-kawan.. seriously. hangpa semua kena beratur.. memang panjang.. tapi memang berbaloi wa cakap.. sedap.. ada sekali pengunjung luar negara makan kat sini dia siap cakap "Oh god its spicy! thank you.. thank you.. it is very good.. and spicy.. but it is good tho" mat salleh tu kata kat mamak tu.. haha.. berpeluh member tu., tempat ni buka waktu malam je.. so sapa singgah penang mai pekena sini

2.Nasi Kandar Rafiie (kalau salah eja sorry)

tempat ni pla.. sama best dia.. member aku cakap.. tempat ni no 2 atau 3 best kat penang.. dia kata la.. aku iya kan aja.. tempat ni pun sedap.. tapi barang siapa tak biasa.. akan terima padah.. tercreettt creettt.. if you know what i mean..  bukan sebab tak bersih.. tapi rempah dia memang kaw.. so this is also another place where you should go.

Nasi kandar Salam

salam.. tempat ni paling dekat ngan rumah member aku.. so.. best gak laa.. and senang cerita almost everyday makan nasi kandar.. sedap memang sedap.. tapi perut ni aku tengok makin berlapik lapik.. tak sanggup la der..

Penang memang best.. and memang heaven dengan makanan.. banyak lagi tempat yang best tapi aku tak sempat pergi.. well.. sapa nak bercuti and rasa makanan penang.. jemput maii...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...